Monday, August 12

Saya hanya manusia biasa yang mahu bekerja di ladang Tuhan.

Saya Mary Lyne Minor @ Michael Golidus tapi saya suka guna nama Mary Ivanca Michael.
Kedua - dua orang tua saya memberikan saya nama Mary sebab mereka suka nama tu. Mary melambangkan Bonda Yesus yang selalu punya kerendahan hati apa jua perkara sehingga Tuhan mahu Bonda Maria menjadi Bonda kepada Yesus dia sanggup sebab Tuhan la segala- galanya. Begitu juga dengan saya, ibu dan bapa saya mahu saya seperti Bonda Mary yang selalu punya kerendahan hati dan selalu punya cinta kasih . Walaupun menderita sanggup mengharungi sebab percaya Tuhan tidak pernah meninggalkan saya. :)
Saya suka Mary Ivanca Michael sebab semuanya ada dalam kitab suci . Saya mahu menjadi kudus seperti mereka walaupun saya hanya manusia biasa. Manusia yang penuh dengan kedosaan. Bukan saya tidak suka nama Mary Lyne Michael . Nda , bahkan saya bersyukur dan bangga punya nama MARY  LYNE MICHAEL.

Saya cuma manusia biasa. Manusia yang penuh dengan kedosaan. Namun saya tidak pernah berhenti untuk terus kembali kepada Tuhan walaupun saya harus menderita. Saya bersyukur kesabaran saya tiada bandingnya . Cinta kasih yang Tuhan anugerahkan buat saya terus mencintai sesiapa sahaja walaupun mereka kerap menyakiti.
Tingginya anugerah Tuhan buat saya terus mahu bersama dia. Kalau boleh saya mahu pergi di pangkuan Tuhan juga. Dia segala-galanya buat saya. Tuhan la yang sudah mengubah diri saya. Dia telah memperlihatkan saya segala mukjizat. Terima kasih Bapa.

Saya juga pernah dalam dunia kegelapan namun Tuhan tidak pernah meninggalkan saya. Setiap orang punya masa lalu. Namun cuma dari kita sahaja mahu mengubah atau terus di sana sahaja. Saya juga penuh dengan masalah. Namun saya mampu untuk terus kuat walaupun kadangkala saya rasa jatuh.
Saya mahu terus memuliakan Tuhan. Sebab ini la diri saya. Saya bukan alim bukan kudus tapi saya mahu menggapai kekudusan itu walaupun harus menderita. Dalam Dia saya diperbaharui. Dalam Dia saya tenang , dalam Dia saya dapat apa yang dunia tidak dapat bagi saya.
Sebelum terlambat balik la kepada BAPA.
Terima kasih Mom, papa sebab menyayangi saya tanpa ada keluh kesah seperti Tuhan yang tidak pernah berhenti mencintai saya. Terima kasih sebab jaga saya dengan baik seperti Tuhan menjaga saya dan terima kasih sebab MELAHIRKAN SAYA SEBAGAI SEORANG KRISTIAN KATOLIK . :)
Bapa, terima kasih sebab tidak pernah meninggalkan saya walaupun sesaat.
Dan terima kasih untuk segalanya. ^^